13 Jun 2011

no update....

hehe... agak lama aku x update aku punyer blog nie...

memang x der input baru lagi yang dapat ditambah untuk kegunaan semua.... bukan org kisah sesangat pun...

mungkin benda baru akan ada dalam jangkamasa yang terdekat nanti...

bila ada masa jer akan ada input baru...

kali ini akan disertakan dengan video bagi memudahkan korang cari software yang korang nk try...

wokey.... chow dulu....

15 Mac 2011

beta version...

kabare??

semakin banyak software dan hardware yang ak ukira makin berlambak di pasaran pada masa kini. korang semua sememangnya akan mencuba pelbagai benda2 baru nie..

sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lg, aku ingin memberi rasa simpati aku kepada penduduk Jepun yang baru saja mengalami gempa bumi yg berukuran 9.0 pada skala richter. memang kuat gempa bumi tersebut...

ini ditambah pula dengan keadaan loji nuklear yang dikhabarkan mula mengalami kebocoran. walaubagaimanapun, keadaan loji nuklear tersebut masih mampu dikawal oleh para jurutera yang bertauliah dalam bidan mereka.

berbalik kepada topik kita tadi, apakah yg dapat dikaitan dengan beta version nie??

secara asasnya, beta version ini merujuk kepada sesuatu barangan, sama ada dari segi software mahupun hardware yg dijadikan sebagai 'lab rat' atau test run agar produk akhir dapat mencapai kemampuan yang diharapkan. keberkesanan sesebuah produk selalunya amat bergantung kepada versi beta yg diperkenalkan ini.

antara software beta yang sedang aku gunakan sekarang nie adalah monzilla firefox 4.0. walaupun terdapat banyak browser yang aku kira lebih bagus daripada firefox sendiri, aku masih setia kepada firefox. ini kerana firefox jarang menghampakan aku dalam menggunakkan internet di laptop aku nie. ketika artikel ini ditulis, pihak monzilla telah pun bersedia untuk mengeluarkan versi yang lengkap kepada pengguna yang berada di luar sana.

selain itu, aku juga sedang mencuba browser internet explorer 9 yang juga telah memasuki fasa yang terakhir.

jika korang memang mengikuti blog ini, pastinya korang akan terperasan akan satu music player yang aku kenalkan tidak lama dulu, iaitu AIMP2. kini para pembangun software dari russia ini telah mengeluarkan beta version untuk versi peningkatan AIMP2. memandangkan player ini masih dalam peringkat ujian, masih banyak 'bug' yang ada dan mungkin akan menyushkan anda jika x reti nk guna...

benda in x terbatas kepada software saja. sistem operasi microsoft juga akan mengeluarkan beta version untuk peneraju windows 7, iaitu windows 8 yang dijangka akan kluar tidak lama lg...

baiklah , stakat nie jer penerangan aku dulu...

jika korang terperasan akan satu lg blog yg aku wujudkan, aku mungkin akan meletakkan link download yang aku bleh jumpa, dan mungkin juga link file yg aku akn cuba uploadkan sendiri nanti..( jangan harap sesangat kerana mungkin agak sukar untuk memletakkan link2 tersebut bergantung kepada keadaan...)

wokey, itu saja...

ADIOS...

06 Mac 2011

BARANGAN BARU...

makin maju sudah dunia teknologi zaman sekarang nie. Dengan perkembangan komputer tablet, smartphone dengan keupayaan skrin sesentuh sama ada dari jenis resisitive atau capacitive, kepada pengenalan pemproses quad-core. Cuma hanya mampu berangan saja untuk memiliki kesemua barangan ni.

Berbalik kepada barangan yang ada di dalam laptop usang yang ntah bila jer nk rosak nie, aku rasa banyak sudah barangan yang aku cuba dan keputusan akhir pun dh ada di sini..

TWITTER DECK

Jika kebelakangan ini korang asyik nampak post baru walaupun dalam senarai online chat korang x nampak aku, ini x bermakna aku x online. Aku hanya kurang untuk menggunakan browser aku lg nk online kerana tujuan aku untuk online pu hanyalah sekadar untuk mengetahui update terkini daripada orang yg friends dngan aku saja..

Disinilah aku menjumpai software ini, twitter deck. Jika dilihat pada namanya pun sudah diketahui yang software ini sememangnya digunakan untuk laman web twitter saja. Walaubagaimanapun, selain daripada laman web twitter, software ini juga mampu untuk berhubung dengan laman web sosial yg lain juga, seperti facebook, myspace, serta beberapa lagi laman sosial yang ada.

Mungkin masih banyak kekurangan yang dapat dilihat dalam software ini, bagi aku, software ini sudah memadai untuk online. Ini kerana proses update yang cepat bagi setiap akaun yang aku ada....

jika ingin gunakan software ini, download saja di:

http://www.twitterdeck.com

software ini memerlukan adobe AIR untuk menggunakkannya. Bagi pengguna android, iphone dan ipad juga boleh menggunakkan software ini...

Ini jer software yang dapat aku recommend kt korang...

nanti ada masa lagi akn aku update lagi...

mungkin bukan software, tetapi aku akn cuba updatekan seberapa kerap yang boleh.

Adios.....

maaf....

Assalamualaikum, setelah agak lama dapat juga cari masa nak updatekan blog.

Walaubagaimanapun, seribu kemaafan terpaksa dipohon memandangkan memang agak sukar untuk mencuri masa untuk membuat sedikit catatan dekat sini. Ini kerana assigment yang makin berlambak-lambak. Ini ditambah dengan kurangnya akses internet (walaupun korang bleh jer nampak aku online kt facebook 2, kdang2 smpai 1 hari x tutup).

kepada Hisham a.k.a Daing Pawana, aku kena minta maaf dulu sebab x dapat nk bagi input baru untuk kau. hehe...

Anyway, jika ada masa, aku tetap akan cuba mencari masa untuk merajinkan diri untuk mengupdate blog yang agak lama terbengkalai ini. cuma yang ingin diminta ialah waktu yang cukup untuk updatkan blog nie saja...

Wokey, setakan ini sulu nukilan aku buat masa nie. Harap-harap dapatlah aku menabah lagi input yang menarik lagi di dalam blog ini...

SEKIAN