15 Mac 2011

beta version...

kabare??

semakin banyak software dan hardware yang ak ukira makin berlambak di pasaran pada masa kini. korang semua sememangnya akan mencuba pelbagai benda2 baru nie..

sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lg, aku ingin memberi rasa simpati aku kepada penduduk Jepun yang baru saja mengalami gempa bumi yg berukuran 9.0 pada skala richter. memang kuat gempa bumi tersebut...

ini ditambah pula dengan keadaan loji nuklear yang dikhabarkan mula mengalami kebocoran. walaubagaimanapun, keadaan loji nuklear tersebut masih mampu dikawal oleh para jurutera yang bertauliah dalam bidan mereka.

berbalik kepada topik kita tadi, apakah yg dapat dikaitan dengan beta version nie??

secara asasnya, beta version ini merujuk kepada sesuatu barangan, sama ada dari segi software mahupun hardware yg dijadikan sebagai 'lab rat' atau test run agar produk akhir dapat mencapai kemampuan yang diharapkan. keberkesanan sesebuah produk selalunya amat bergantung kepada versi beta yg diperkenalkan ini.

antara software beta yang sedang aku gunakan sekarang nie adalah monzilla firefox 4.0. walaupun terdapat banyak browser yang aku kira lebih bagus daripada firefox sendiri, aku masih setia kepada firefox. ini kerana firefox jarang menghampakan aku dalam menggunakkan internet di laptop aku nie. ketika artikel ini ditulis, pihak monzilla telah pun bersedia untuk mengeluarkan versi yang lengkap kepada pengguna yang berada di luar sana.

selain itu, aku juga sedang mencuba browser internet explorer 9 yang juga telah memasuki fasa yang terakhir.

jika korang memang mengikuti blog ini, pastinya korang akan terperasan akan satu music player yang aku kenalkan tidak lama dulu, iaitu AIMP2. kini para pembangun software dari russia ini telah mengeluarkan beta version untuk versi peningkatan AIMP2. memandangkan player ini masih dalam peringkat ujian, masih banyak 'bug' yang ada dan mungkin akan menyushkan anda jika x reti nk guna...

benda in x terbatas kepada software saja. sistem operasi microsoft juga akan mengeluarkan beta version untuk peneraju windows 7, iaitu windows 8 yang dijangka akan kluar tidak lama lg...

baiklah , stakat nie jer penerangan aku dulu...

jika korang terperasan akan satu lg blog yg aku wujudkan, aku mungkin akan meletakkan link download yang aku bleh jumpa, dan mungkin juga link file yg aku akn cuba uploadkan sendiri nanti..( jangan harap sesangat kerana mungkin agak sukar untuk memletakkan link2 tersebut bergantung kepada keadaan...)

wokey, itu saja...

ADIOS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan