04 Disember 2012

Nukilan bermula kembali...

pergh, lama sangat nak mula tulis blog kembali, makin kekok rasanya kalau nak mula balik nie...

haha...

Dengan keluarnya Windows 8, makin banyak gadjet yang keluar bagai cendawan yang tumbuh lepas hujan. Makin hari makin sukar nak kejar benda-benda tech nie. Walaubagaimanapun, kehidupan kena diteruskan.

Dalam jangka waktu berehat daripada blog sendiri nie aku dh berjaya beli bahagian yang diperlukan untuk sebuah desktop pc (walaupun barangan recond saja aku guna). Kiranya ada gak ler bahan baru nak aku oleh gitu.

nie merupakan basic spec pc destop aku:

Intel Core 2 Duo E8400 3.0GHz
Mobo NEC
Casing Alienware (ciplak version)
Cooler Master CPU Heatsink
Realtek HD Audio
Windows 7 Extreme Edition (modified version of Windows 7 Ultimate)
Asus Nvidia GT620 64-bit 1GB DDR3 (satu-satunya part yang baru)
Acer LCD 19" (resolusi 1440x900 DVI cable)


Selain itu, aku jugak dah try Windows 8 Pro, komen ringkas aku:

Bagi pengguna baru, design windows mungkin tidak sukar mana kerana masih belum biasa dengan enviroment Metro yang diperkenalkan oleh Microsoft. Bagi pengguna yang sudah biasa dengan XP, Vista dan 7, memang akan sakit kepala nak guna windows 8. Daripada sudut yang negatif, ketiadaan start menu seperti OS sebelum ini memang menghampakan kerana kita sudah biasa dengan start menu daripada OS itu sendiri. Daripada sudut positif, ini merupakan satu langkah yang berani dalam meneroka idea- idea baru mengenai GUI yang akan digunakan. Persaingan yang hebat di antara OS Android dan iOS juga mendorong kepada langkah drastik yang diambil oleh Microsoft itu sendiri. Jika anda menkaji trend OS sekarang ni memang ada perubahan dengan distro Linux paling popular, Ubuntu membuka langkah dengan pengenalan Ubuntu 11.04 dengan ciri- yang mula mementingkan sokongan skrin sentuh sendiri. Sekarang ini hanya tinggal OS Mac saja yang masih belum menampakkan sebarang perubahan yang menjurus kepada penggunaan skrin sentuh.

Yang itu saja aku nk komen buat masa ini. Sekarang nie pun masih kurang bahan untuk ditulis di sini. jika ada apa-apa perubahan aku akan cuba cover lagi di sini. gua chow dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan