23 April 2010

Aegisub

Assalamualaikum. Akhirnya aku dapat meluangkan sedikit masa untuk mengupdate blog yang aku kira tidak lama sangat nk update...

Baiklah, kepada semua peminat video, adakah anda mengalami masalah tidak faham sesuatu perkataan @ butiran sebutan yang diucapkan di dalam sesebuah cerita?? Tambahan lagi jika perkataan yang dituturkan bukan bahasa yg kita selalu dengar pula.....

Selalunya bagi keadaan ini, mereka akan cuba untuk mencari alternatif yang ada, sama video subtile @ video dubbing.

Aku akan terangkan serba sedikit mengenai video subtitle dan video dubbing nie.

Subtitle merupakan teks @ ucapan @ penerangan mengenai sesbuah cerita, filem, rancangan TV, kartun serta anime. Cara ini merupakan cara yg termudah dan cara yg paling meluas digunakan di kebanyakkan negara. Malah aku sendiri lebih suka dengan subtitle yg disertakan kerana cara ini sememangnya tidak memakan masa yang lama. malah kebanyakkan video akan disertakan subtitle sama ada dalam Bahasa Inggeris @ bahasa yang sesuai dengan sesebuah negara.

Dubbing pula merupakan proses alih suara yang dilakukan agar segala percakapan dapat difahami dengan mudah. proses ini lebih memakan masa kerana memerlukan suara dan timesetting yg lebih lama.

http://en.wikipedia.org/wiki/Subtitle_%28captioning%29 (untuk subtitle)

http://en.wikipedia.org/wiki/Dubbing_%28filmmaking%29 (untuk dubbing)

well, back 2 da title. Aku bkan nk tumpukan sesangat dkat video dubbing nie. Aku akan lebih menumpukan kepada subtitle. Mcm mana korang sebagai penggemar video menonton video?? Bagi penggemar anime, subtitle memang sudah sebati dengan kehidupan mereka kerana sebagai pengemmar anime, memang aku amat menantikan keluaran episode anime yang dh disertakan dengan subtitle kerana kurangnya pengetahuan aku dengan Bahasa Jepun(私は英語が全く理解していない。). Bg filem pula, selalunya dalam download, x kira sama ada melalui direct download, file hosting download @ torrent download, mungkin telah disediakan bersama-sama atau korang akan download subtitle pula.

Subtitle sendiri sudah mempunyai pelbagai jenis. Dan pelbagai format turut disediakan. Antara format yg aku tau adalah .lrc (yg nie untuk lirik lagu), .sub, .srt, .ass, .ssa, .txt dan pelbagai lg...

Ya, logo mata?? Adakah mata ini sedang memerhatikan anda?? Jika ada, sila berhati-hati.
Ini merupakan logo software yang akan saya perkenalkan sebentar nanti. Jika anda merupakan seorang yang suka menyanyi, mempunyai banyak masa lapang, serta ingin memcuba hobi baru, apa kata korang download jer software nie. Aegisub merupakan nama yg diberi...

merupakan software freeware daripada aegisub.org. Jika peminat anime, kebanyakkan subtitle yg ditulis dengan fungsi kareoke berserta info menggunakkan software ini sebagai basic. software ini mampu membuat sebarang subtitle sama seperti anime yg korang slalu tngok dan merupakan software subtitle format .ass/.ssa terkini.

Walaubagaimanapun, anda mestilah sabar dalam membuat subtitle ini kerana ianya memang memakan proses yg agak lama. Aku sendiri dh cuba software ini, memang agak susah nk buat subtitle hanya untuk video klip Yui-Its All Too Much (OST Kaiji: The Ultimate Gambler). tertapi result yg terhasil memang anda semua akna puas hat kerana subtitle 2 sememangya cantik (masih cuba untuk menggunakkan semua fungsi yang ada di dalam software ini).

untuk penerangan yg lebih lanjut:

http://blog.aegisub.org/

SeLaMaT mEnCuBa........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan