07 Mei 2010

2 Bulan.....

salam semua....


kali ini memang tak ada benda baru yang aku nak tambah, almaklumlah memang dalam mode malas sekarang ini kerana CUTI 2 BULAN....

anyway, selamat bercuti kepada sesiapa saja yang baru nak mula bercuti, memang dalam musim cuti dan bakal bercuti (bukan untuk yang ambik cuti sakit)....

2 bulan??

hendak buat apa dalam masa dua bulan ini?

aku kira sendiri memang masih belum ada idea untuk dibuat dalam masa dua bulan nie....

kerja??

hmmm..... agak sukar sebenarnya kerana kedudukan geografi diriku sendiri memang dah dekat sesangat dengan sempadan Malaysia-Thailand, tunggu masa jer nk hantar seberang sana....
lagipun, ketiadaan kenderaan juga menyukarkan aku untuk begerak bebas (alamatnyer dok rumah jer dalam masa dua bulan nie...)

rasanya aktiviti rutin dalam masa dua bulan ini adalah cerita, filem dan anime jer la.....
(mentang-mentang dah ada berlambak sangat stok, dah melebihi 500GB dh pun....)

bukan tiada aktivit yang menarik dalam jangka masa dua bulan ini.....
ada member yang dah ajak aku pergi reunion di pulau Pangkor di Perak pada bulan Jun ini....
tapi terpaksa menolak kerana memang dak kontang sesangat duit...

walaubagaimanapun, aku akan pergi ke MRSM PDRM pada 16 hb nanti kerana ada segelintir rakan sebatch aku yang mengajakku untuk ke sana....

so, kalau tak ada masalah, memang aku akan pergi punya.... itu janji aku....

setakat ini sajalah celoteh ku pada kali ini. jika tiada masalah, aku akan cuba untuk mecari software yang aku rasakan sesuai dan berguna untuk korang semua....
bagi pengumpul anime, filem dan cerita bersiri (tak kisah asal menarik) jika inginkan bahan dari aku, jangan segan-segan minta kat aku....
jika ada dalam koleksi, aku akan bagi tanpa kenakan 1 sen pun, cuma kalau nk support 2, hulut-hulur ler sikit ( gurauan jer....)

okay, ADIOS....

幸せな休日。
Shiawase na kyūjitsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan