
Setelah agak lama aku tidak mengupdate blog milikku, akhirnya aku mendapat idea sedikit sebanyak untuk mengupdate blog nie gak. almaklumlah duduk di rumah yang berbekalkan internet Celcom Broadband sahaja yang sememangnya mengalami masalah sejak seminggu dua nie. Tolak ke tepi masalah ciput nie, aku nk kenalkan satu software yang bagi kebanyakkan orang mungkin sudah tahu mengenai software nie.
selalunya kita akan menggunakkan pelbagai pemain video atau pemain media yang boleh didapati di mana-mana sahaja anda berada, sama ada yang berbayar atau tidak, walaubagaimanapun, lebih ramai yang sukakan pemain media yang tidak mengenakan sebarang bayaran atau yang menggunakan pirated software.
Dalam pengamatan saya, kebanyakkan pemain media yang digunakkan oleh member-memberku semdiri ialah Windows Media Player (sememangnya akan ada dalam setiap sistem operasi windows, kecuali versi windows 7 N edition yang memang tidak disertakan dengan program ini). Akan tetapi, codec yang boleh dimainkan oleh pemain media ini tidak meluas melainkan anda menginstall software tambahan untuk memainkan sesetangah video atau music sendiri. Aalaubagaimanapun, terdapat pelbagai installer yang dapat menampung masalah ini.
selain Windows Media Player, Winamp juga menjadi pilihan utama pengguna komputer pensendirian. konsep yang mudah serta saiz yang tidak besar menjadikan Winamp sebagai pemain music pilihan. Akan tetapi, aku sudah meninggalkan Winamp kerana kualiti bunyi yang dihasilan kurang mengancam (untuk free version punya). Akan tetapi, pendapat anda semua mungkin berbeza dangan aku.
Selain daripada ini, terdapat beberapa pemain media percuma yang mampu memberikan kualiti yang baik, sama seperti yang berbayar punya. Antara pemain media tersebut:
- GOM player
- KMplayer
- Jetaudio
- K-lite codec pack (semua versi)
pakej ini juga mampu menayangkan pelbagai format subtitle yang ada seperti .srt, .sub, idx, .ssa, .ass dan macam2 lg.
ZOOM player merupakan player yang juga menyokong pelbagai format video dan music yang ada. Aku mula menggunakkan player ini setelah k-lite codec aku mula mengalami masalah walaupun telah diinstall dengan versi yang terkini. player ini boleh dibahagikan kepada dua versi, iaitu yang belum dilesenkan dan yang berlesen punya. versi yang aku gunkana sekarang ini adalah versi yang tidak didaftarkan lagi, menyebabkan terdapat sedikit kekurangan yang ketara jika dibandingkan dengan full version.
mungkin tidak banyak aku ceritakan mengenai produk nie. Lagipun, macam pemain player yang lain, mesti ada kelebihan dan kekurangan. antara kelebihan yang dapat aku ceritakan di sini ialah player ini menggunakkan codec sendiri dan tidak selalu crash seperti k-lite codec pack.
Itu sajalah yang nk cerita pun. Jika adan lagi software yang menarik, akan aku perkenalkan di sini.
http://www.inmatrix.com/files/zoomplayer_download.shtml
SELAMAT MENCUBA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan