17 Mei 2010

kembara ke MRSM PDRM




ya, update blog akhirnya tiba di 'ruangan' nie. kali nien aku nk ceritakan sedikit sebanyak mengenai kembara bermakna ke MRSM PDRM, Kulim.

perjalananku bermula dari rumahku semdiri di kem UPP, Padang Besar seawal jam 8 pagi. kena bertolak awal-awal kerana jarak perjalanan yang memang jauh (kira2 +/-210km dlam masa 3 jam 15 minit) tiba di lokasi yang dituju dalam jam 11.15 pg.

Dh sampai, telefon kt Abg Bad, warden Kampung Dusun (klau ada rasa nk gelak, gelak ler). info sebentar tadi tidak dapat diterima. belian sendiri merupakan warden pelajar lelaki batch SPM2007 dan juga seorang member yg sama teramat hormat. Sayangnyer kena kutuk sebab dtang x gitau and x beli barangan dari Padang Besar. Dia bawak aku ke kafe untuk belanja minum dan aku berjumpa dengan penolong pengetua yang baru, yg aku x ingat namanya (tngok muka memang aku rasakan yang dia merupakan seorang yang tegas). sempat juga melihat kelibat cikgu Yahya Farid, tp x sempat nk tegur pun.

Kemudian kunjungan dibuat ke Jabatan Matematik, dengan tiada orang di dalam jabatan. kemudian ke jabatan sains dan berjumpa pula dengan cikgu Roslaini, guru bahasa Melayu yang kini merangkap sebagai ketua jabatan Bahasa yang baru beserta denga dengan guru homeroomku sendiri, kak Leen. Aku berbicara dengan kak Leen sebentar saja kerana dia ada kelas dengan bebudak form 2.

aku kemudiannya berjumpa dengan Dzulhaxif, salah seorang member aku, yang kini kelihatan semakin berisi, sama seperti aku. kami meneruskan kunjungan kami ke Jabatan Bahasa dan berjumpa dengan guru bahasa Inggeris. aku dan Haxif dijamu dengan kek yang diterima semasa sambutan hari Guru Mrsm Pdrm pada 16 mei dengan tema arabic. aku x dpat bayangkan bagaimana keadaan kebanyakkan guru pada hari tersebut.

dalam masa kami menunggu raka yang lain, kami dikejutkan dengan kedatangan asyraff a.k.a yap dengan membawa Toyota Unser. dia kini mengambil kursus diploma dalam bidang enviromental health dkat uitm Puncak Alam.

aku dan Yap ke rumah abang Bad manakala haxif serta seorang rakan matriknyer ke masjid. aku melihat banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas bekas asrama yang pernah aku tinggal dahulu. blok kediaman pelajar perempuan batch aku kini berwajah baru dengan warna bangunan yang telah ditukar. aku tidak pasti sama ada ruangan dalaman turut dicat bersama atau tidak.

setelah jam menunjukkan 2 ptg, aku dan Yap kembali ke maktab dan berjumpa dengan cikgu kegemaran pelajar batch aku, iaitu cikgu Zul. aku ditemani oleh Norain Izzati serta rakannya yang juga merupakan bekas pelajar MRSM PDRM batch PMR 2005. info menarik, cikgu Zul telah tercalon sebagai guru bepengaruh semasa sambutan hari guru.

Waqieyuddin, Norain Izzati serta rakan datang bersama-sama dengan Muz tiba agak lewat memandangkan mogok bas yang berlaku di Kedah pada hari nie. turut tiba, CUCKY dengan moto member (menjadikan dia satu-satunya rider solo pada hari nie). aku mungkin orang yang bernasib baik kerana aku berada di maktab dalam jangkamasa yg lama. setelah selesai, kami begerak ke stesen bas kulim, kedah untuk makan cendol. aku cuma makan dan beli KREKO.
jam menunjukkan pukul 7 mlm semasa aku begerak menghantar Waqie, ain serta rakanyer. aku tiba di rumah pada pukul 10 mlm....

itu sedikit sebanyak kembara pada hari nie......

13 Mei 2010

ZOOM player


Setelah agak lama aku tidak mengupdate blog milikku, akhirnya aku mendapat idea sedikit sebanyak untuk mengupdate blog nie gak. almaklumlah duduk di rumah yang berbekalkan internet Celcom Broadband sahaja yang sememangnya mengalami masalah sejak seminggu dua nie. Tolak ke tepi masalah ciput nie, aku nk kenalkan satu software yang bagi kebanyakkan orang mungkin sudah tahu mengenai software nie.

selalunya kita akan menggunakkan pelbagai pemain video atau pemain media yang boleh didapati di mana-mana sahaja anda berada, sama ada yang berbayar atau tidak, walaubagaimanapun, lebih ramai yang sukakan pemain media yang tidak mengenakan sebarang bayaran atau yang menggunakan pirated software.

Dalam pengamatan saya, kebanyakkan pemain media yang digunakkan oleh member-memberku semdiri ialah Windows Media Player (sememangnya akan ada dalam setiap sistem operasi windows, kecuali versi windows 7 N edition yang memang tidak disertakan dengan program ini). Akan tetapi, codec yang boleh dimainkan oleh pemain media ini tidak meluas melainkan anda menginstall software tambahan untuk memainkan sesetangah video atau music sendiri. Aalaubagaimanapun, terdapat pelbagai installer yang dapat menampung masalah ini.

selain Windows Media Player, Winamp juga menjadi pilihan utama pengguna komputer pensendirian. konsep yang mudah serta saiz yang tidak besar menjadikan Winamp sebagai pemain music pilihan. Akan tetapi, aku sudah meninggalkan Winamp kerana kualiti bunyi yang dihasilan kurang mengancam (untuk free version punya). Akan tetapi, pendapat anda semua mungkin berbeza dangan aku.

Selain daripada ini, terdapat beberapa pemain media percuma yang mampu memberikan kualiti yang baik, sama seperti yang berbayar punya. Antara pemain media tersebut:

  • GOM player
  • KMplayer
  • Jetaudio
  • K-lite codec pack (semua versi)
K-lite codec pack merupakan koleksi componen codec yang diperlukan untuk memailkan pelbagai format seperti .rm, .rmvb, .mkv, .divx, .xvid dan bermacam-macam lagi. pakej ini juga lengkap dengan penyediaan Media Player Classic sebagai pemain default yang turut disediakan.
pakej ini juga mampu menayangkan pelbagai format subtitle yang ada seperti .srt, .sub, idx, .ssa, .ass dan macam2 lg.

ZOOM player merupakan player yang juga menyokong pelbagai format video dan music yang ada. Aku mula menggunakkan player ini setelah k-lite codec aku mula mengalami masalah walaupun telah diinstall dengan versi yang terkini. player ini boleh dibahagikan kepada dua versi, iaitu yang belum dilesenkan dan yang berlesen punya. versi yang aku gunkana sekarang ini adalah versi yang tidak didaftarkan lagi, menyebabkan terdapat sedikit kekurangan yang ketara jika dibandingkan dengan full version.

mungkin tidak banyak aku ceritakan mengenai produk nie. Lagipun, macam pemain player yang lain, mesti ada kelebihan dan kekurangan. antara kelebihan yang dapat aku ceritakan di sini ialah player ini menggunakkan codec sendiri dan tidak selalu crash seperti k-lite codec pack.

Itu sajalah yang nk cerita pun. Jika adan lagi software yang menarik, akan aku perkenalkan di sini.

http://www.inmatrix.com/files/zoomplayer_download.shtml

SELAMAT MENCUBA.....

07 Mei 2010

2 Bulan.....

salam semua....


kali ini memang tak ada benda baru yang aku nak tambah, almaklumlah memang dalam mode malas sekarang ini kerana CUTI 2 BULAN....

anyway, selamat bercuti kepada sesiapa saja yang baru nak mula bercuti, memang dalam musim cuti dan bakal bercuti (bukan untuk yang ambik cuti sakit)....

2 bulan??

hendak buat apa dalam masa dua bulan ini?

aku kira sendiri memang masih belum ada idea untuk dibuat dalam masa dua bulan nie....

kerja??

hmmm..... agak sukar sebenarnya kerana kedudukan geografi diriku sendiri memang dah dekat sesangat dengan sempadan Malaysia-Thailand, tunggu masa jer nk hantar seberang sana....
lagipun, ketiadaan kenderaan juga menyukarkan aku untuk begerak bebas (alamatnyer dok rumah jer dalam masa dua bulan nie...)

rasanya aktiviti rutin dalam masa dua bulan ini adalah cerita, filem dan anime jer la.....
(mentang-mentang dah ada berlambak sangat stok, dah melebihi 500GB dh pun....)

bukan tiada aktivit yang menarik dalam jangka masa dua bulan ini.....
ada member yang dah ajak aku pergi reunion di pulau Pangkor di Perak pada bulan Jun ini....
tapi terpaksa menolak kerana memang dak kontang sesangat duit...

walaubagaimanapun, aku akan pergi ke MRSM PDRM pada 16 hb nanti kerana ada segelintir rakan sebatch aku yang mengajakku untuk ke sana....

so, kalau tak ada masalah, memang aku akan pergi punya.... itu janji aku....

setakat ini sajalah celoteh ku pada kali ini. jika tiada masalah, aku akan cuba untuk mecari software yang aku rasakan sesuai dan berguna untuk korang semua....
bagi pengumpul anime, filem dan cerita bersiri (tak kisah asal menarik) jika inginkan bahan dari aku, jangan segan-segan minta kat aku....
jika ada dalam koleksi, aku akan bagi tanpa kenakan 1 sen pun, cuma kalau nk support 2, hulut-hulur ler sikit ( gurauan jer....)

okay, ADIOS....

幸せな休日。
Shiawase na kyūjitsu.